heeluuuuu...korang mesti kenal dengan lelaki beruban dan berkacamata ini..mesti korang kenalkan..n kalau korang nak tahu tanpa lelaki ini memang aku rasa malaysia takkan maju macam sekarang ini..maybe malaysia sama level dengan indon lagi.. malaysia dah mula menaik memang semenjak kita dah merdeka lagi..tapi korang tahu tak lepas kita merdeka adalah penting untuk menaikkan bangsa dan negara..tujuan kemerdekaan untuk kebebasan negara ..so negara yang merdeka ini ibarat baby yang baru dilahirkan.. aku pun malas nk beleter panjang-panjang..korang baca je lah kisah mamat yang pernah jual cendol ini waktu dia kecil-kecil dulu..
Nama : Tun Dr Mahathir Bin Mohamad.
Nama gelaran : Dr.M dan Che Det.
Tahun Lahir : 20 disember 1925.
Pendidikan : Pendidikan awal di Sekolah Melayu Seberang Perak, Alor Setar, Kedah.
Melanjutkan pelajaran di Goverment English School (GES) yang sekarang dikenali sebagai Kolej Sultan Abdul Hamid dan akhirnya lulus Sijil Tinggi Pelajaran(Senior Cambridge). Kemudiannya beliau menuntut di Kolej Perubatan King Edward VII, Universiti Malaya,Singapura dan dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Perubatan Pembedahan (MBBS) pada 1953.
Melanjutkan pelajaran di Goverment English School (GES) yang sekarang dikenali sebagai Kolej Sultan Abdul Hamid dan akhirnya lulus Sijil Tinggi Pelajaran(Senior Cambridge). Kemudiannya beliau menuntut di Kolej Perubatan King Edward VII, Universiti Malaya,Singapura dan dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Perubatan Pembedahan (MBBS) pada 1953.
Keluarga : Beliau telah mendirikan rumah tangga dengan isteri tercinta pada tahun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali pada 5 Ogos 1956.
Hasil dari perkahwinan tersebut telah melahirkan 7 orang cahaya mata iaitu :-
1. Marina Mahathir
2. Mirzan Mahathir
3. Melinda Mahathir
4. Mokhzani Mahathir
5. Mukhriz Mahathir
6. Maizura Mahathir
7. Mazhar Mahathir
Penggal Kepimpinan : 16 Julai 1981 sehingga 31 Oktober 2003 (lebih kurang 22 tahun la)
Perdana Menteri : ke 4.
Kontroversi : Sebagai manusia yang paling berpengaruh dimuka bumi Tanah Melayu ini sememangnya beliau tidak terlepas dari kontroversi yang banyak melanda dirinya sewaktu beliau menjadi pemimpin dahulu. antara kontroversi yang pernah melanda dirinya ialah Krisis Perlembagaan, Pemecatan Anwar Ibrahim dan Keluar UMNO.
Diri beliau :
1. Boleh mampu mengekalkan keamanan dan kedamaian sesebuah negara yang berbilang kaum.
2. Seorang tokoh politik antarabangsa yang suka berterus terang dan bersifat kontroversi.
3. Beliau juga dikaitkan dengan pembinaan projek Kuala Lumpur City Centre(KLCC), Menara Berkembar Petronas, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur(KLIA) dan Koridor Raya Multimedia(MSC).
Selepas Persaraan :
1. Digelar Bapa permodenan Malaysia.
2. Pada tahun 2005 beliau telah dianugerahkan pangkat TUN.
3. merupakan pemimpin yang paling lama memegang jawatan tersebut di Asia Tenggara.
No comments:
Post a Comment