haiii haiii...kenal tak siapa mamat yang tersengeh ini..haha..tipu la kalau korang tak kenal dengan manusia ini kan..dia ini boleh dikategorikan sebagai seorang super Legend kat Malaysia dengan masakan-masakan yang dimasaknya membuat kita terliur ..selalu sangat tengok dia ni kt tv dengan mulut yang agak laser..tapi aku memang suka dia ni sebab seorang yang jujur.. Kehebatan dia memang terserlah sebagai seorang tukang masak apabila pernah memenangi anugerah Best Chef dari Gourmand Cookbook dunia...Sebagai rakyat Malaysia aku sememangnya bangga dengan dia.. Dia juga banyak menaikkan nama Malaysia dimata dunia..so jom kita baca sikit pasal kehidupan dia...Check Thiss Ouuuttt Yoo!!!!
Nama : Redzuawan Ismail atau lebih dikenali sebagai Chef Wan.
Tempat lahir : Singapura.
Anak-anak : Serina dan Mohd Nazri.
Kerjaya ...
Kerjaya awal yang diceburi oleh Chef Wan adalah sebagai seorang akauntan. Beliau ingin menjadi chef kerana ingin mempromosi makanan Malaysia dan negara Asia Tengara disebabkan beliau melihat populariti makanan di Asia Barat. Beliau mendapat Ijazah bersekutu dalam Latihan Chef Profesional dan Pengurusan Hotel dari California Culinary Academy dan Ritz Diploma Escoffeir dari Hotel Ritz. Beliau juga pemenang anugerah Best Chef dari Gourmand Cookbook..
Kehidupan..
Chef Wan merupakan keturunan campuran Melayu Riau dan keturunan Jawa..Ibunya ialah orang Nyonya dan berketurunan Jepun. Dia memiliki 2 orang anak iaitu Serina dan Mohd Nazri..anak perempuan merupakan seorang pelakon dan anak lelakinya pula merupakan seorang Chef seperti bapanya..
No comments:
Post a Comment