Powered By Blogger

Sunday, 1 January 2012

Steve Jobs


hai korang..korang kenal tak siapa mamat yang berkaca mata bulat ni..mesti korang dah dapat agakkan siapa mamat ni kan..so mesti korang tahu dia ni owner untuk company Apple Inc je kan..haha.. tapi korang tahu tak dia ni punya latar belakang hidup macam mana..kehidupan dia macam mana..duit banyak mana dia ada..
korang mesti tak tahu kan..

mai aku nak cerita sikit pasal mamat ni sikit..check this ouutt yoooo!!!!

Nama : Steven Paul Jobs.
Tarikh Lahir : 24 Februari 1955
Tempat Lahir : San Francisco, California, A.S
Meninggal Dunia : 5 Oktober 2011 pada usia 56 Tahun..dia meninggal dunia di Palo Alto, California A.S..
Pendidikan :pendidikan awal di sekolah menengah Cupertino dan di sekolah tinggi Homestead di Cupertino, California, dia juga  pernah belajar di Reed College pada 1972.
Pekerjaan : Pengerusi Apple Inc.
Nilai Kekayaan : $ 8.3 Bilion.
Ahli Lembaga Pengarah : The Walt Disney Company dan juga Apple Inc.
Agama : Buddha.
Pasangan : Laurene Powell Jobs (1991 - 2011)
Bilangan anak : 4 orang.
Saudara-mara : Mona Simpson (adik)
Tandatangan
Kehidupan Awal..
 
    Steve Jobs dilahirkan sebagai seorang anak luar nikah di San Francisco, California A.S. Anak dari pasangan Joanne Carole Schieble dan Abdulfattah John Jandali yang berasal dari Syria, kedua-dua mereka adalah pelajar disebuah institusi pendidikan yang sama. Bapa kepada Steve Jobs ini  adalah Profesor Sains Politik. Apabila ibubapa Steven Jobs berkahwin, mereka telah mendapat seorang lagi zuriat yang diberi nama Mona Simpson yang juga seorang penulis.

Alam pekerjaan..

     Beliau di bayar oleh Steve Wozniak sebagai pekerja dimusim panas. Pada 1974, Jobs menyertai perjumpaan kelab Komputer Homebrew dengan Steve Wozniak. Beliau juga bekerja sebagai juruteknik di Atari.

Apple Inc...

    Pada usia 21 tahun, Jobs melihat Wozniak mencipta komputer untuk kegunaan sendiri dan Jobs menyakinkan Wozniak untuk mencipta komputer bagi dipasarkan. Syarikat Apple Inc diasaskan pada 1 April 1976 dan pada mulanya mereka hanya mencipta papan litar bercetak. Akhirnya Jobs dan Wozniak telah mencipta komputer siap pasang sendiri, nama komputer siap pasang mereka yang pertam ialah Apple I. Apple I dijual pada harga US$ 666.66...

     Jobs sememangnya seorang bijak, dia telah memikat John Sculley, John merupakan seorang pekerja di Pepsi-Cola. Akhirnya John bekerja dengan Apple sebagai seorang Ketua Pegawai Eksekutif Apple..Jobs pernah berkata kepada John " adakah anda hendak menghabiskan seumur hidup anda dengan menjual air gula, atau anda hendak suatu peluang untuk mengubah dunia?".

No comments:

Post a Comment