Powered By Blogger

Monday, 2 January 2012

Jaakko Iisalo


hahaii..apa khabar semua..hari ini aku konfom korang mesti tak kenal siapa mamat yang tersenyum macam tak iklas ni..Tu la korang hanya tahu puas kan hati dengan hasil kerja mamat ni je.. Mamat yang agak cute ni la telah membuat sesuatu perubahan didalam dunia permainan video.. Siapa tak kenal game Angry Bird kan..semua orang dalam dunia tahu..siap ada yang buat taman tema untuk Angry Bird lagi.. korang tahu tak siapa nama mamat ni..nama dia ialah Jaakko Iisalo..seorang warga Finland yang juga merupakan ketua pereka untuk game Angry Bird ini..

Angry Bird


     hhoohhoooiii...kalian kenal tak apa ke benda nya ni.. Kalau korang tak tahu aku rasa macam nak gelak je kat korang..hahah..benda ini adalah fenomena terbaru kat dunia kita sekarang..nama benda ini ialah Angry Bird atau di Melayukan sebagai Burung Marah.. Sebagai manusia, aku jujur cakap yang aku pernah main game ni..best jugak benda ni.. kalau korang tanya orang sekeliling korang mesti dorang cakap pernah main..bahkan adik aku yang baru sekolah pon dah tahu main game ni...

     Mesti korang akan rasa bengangkan kalau korang tak dapat kalah kan musuh-musuh Angry Bird ni kan..dok korang sedap-sedap main..tension dengan game ni dan ada juga yang bahagia dengan game ni..korang pernah nak tahu tak siapa manusia dan company mana yang menimbulkan idea untuk cipta permainan ni..haha..pernah tak..dan kalau korang nak tahu sampai ada orang yang hangit masakan dia kat dapur sebab main game ni..nak tahu siapa..jom Check Thisss Oooouuuttt Yoooo.!!!!!

Sejarah Awal Angry Bird..!!!!!

Tahun 2009 merupakan tahun yang telah membuat satu fenomena yang sangat mengujakan bagi syarikat game asal Finlandia, Rovio Mobile (RM). RM telah memberi kesempatan kepada pekerja-pekerja untuk membuat sebuah proposal masing-masing berkaitan dengan game. Setelah proposal dikutip, Hasil proposal Jaako Lisalio telah dipilih.. Isi kandungan yang terdapat pada proposal itu menunjukkan gambar burung yang tidak bersayap sedang marah mengelilingi blok-blok Rovio.. Secara rasmi game itu telah dikeluarkan pada 11 Disember 2009 untuk platform iOS. Terdapat 1 Episode iaitu Poached Eggs dan terdapat 63 level didalam 3 bahagian.. Angry Bird menjadi game yang paling banyak di download pada Februari 2010..



Ini ialah karakter-karakter Angry Bird yang korang dok selalu main tu..musuh dia plak adalah seekor babi..

Sunday, 1 January 2012

Chef Wan


     haiii haiii...kenal tak siapa mamat yang tersengeh ini..haha..tipu la kalau korang tak kenal dengan manusia ini kan..dia ini boleh dikategorikan sebagai seorang super Legend kat Malaysia dengan masakan-masakan yang dimasaknya membuat kita terliur ..selalu sangat tengok dia ni kt tv dengan mulut yang agak laser..tapi aku memang suka dia ni sebab seorang yang jujur.. Kehebatan dia memang terserlah sebagai seorang tukang masak apabila pernah memenangi anugerah Best Chef dari Gourmand Cookbook dunia...Sebagai rakyat Malaysia aku sememangnya bangga dengan dia.. Dia juga banyak menaikkan nama Malaysia dimata dunia..so jom kita baca sikit pasal kehidupan dia...Check Thiss Ouuuttt Yoo!!!!

Nama : Redzuawan Ismail atau lebih dikenali sebagai Chef Wan.
Tempat lahir : Singapura.
Anak-anak : Serina dan Mohd Nazri.

Kerjaya ...

Kerjaya awal yang diceburi oleh Chef Wan adalah sebagai seorang akauntan. Beliau ingin menjadi chef kerana ingin mempromosi makanan Malaysia dan negara Asia Tengara disebabkan beliau melihat populariti makanan di Asia Barat. Beliau mendapat Ijazah bersekutu dalam Latihan Chef Profesional dan Pengurusan Hotel dari California Culinary Academy dan Ritz Diploma Escoffeir dari Hotel Ritz. Beliau juga pemenang anugerah  Best Chef dari Gourmand Cookbook..

Kehidupan..

Chef Wan merupakan keturunan campuran Melayu Riau dan keturunan Jawa..Ibunya ialah orang Nyonya dan berketurunan Jepun. Dia memiliki 2 orang anak iaitu Serina dan Mohd Nazri..anak perempuan merupakan seorang pelakon dan anak lelakinya pula merupakan seorang Chef seperti bapanya..

Warren Buffet


     halluuu..kenal takk..kenal takk...haha..mesti korang ingat dia ini lelaki putih yang ada gambar dia kat KFC tu kan..haha...kalau korang rasa itu lah orang nya, korang dah silap besar.. kalau korang nak tahu siapa orang tua ni..mai sini aku bagitahu..dia ialah Warren Buffet, seorang pelabur yang hebat dan diiktiraf sebagai manusia ketiga terkaya didunia..

Check This Outtt yoooo!!!!!

Nama : Warren Edward Buffett.
Tarikh Lahir : 30 Ogos 1930.
Tempat Lahir : Omaha, Nebraska, Amerika Syarikat.
Pekerjaan : seorang Pelabur, Ahli perniagaan, Pengerusi dan CEO Berkshire Hathaway.
Gaji : US$ 100,000
Nilai Kekayaan : US$ 37 Bilion (2009)
Pasangan : Susan Buffet (1952-2004) dan Astrid Menks (2006)
Anak-anak : Susie Buffett, Howard Graham Buffett dan Peter Buffet.


Kejayaannn.....

Beliau merupakan seorang pelabur, Ahli perniagaan dan dermawan yang berbangsa Amerika. Beliau diantara tokoh yang paling berjaya didalam dunia pelabur serta memegang saham terbesar dan CEO syarikat terkenal Berkshire Hathaway. Beliau pernah dinamakan sebagai orang terkaya oleh majalah Forbes pada 2008 dengan nilai bersih kekayaan sebanyak $62.0 Bilion, akan tetapi kekayaannya agak menjunam dengan mendadaknya pada tahun 2009 dengan jumlah nilai kekayaan bersih sebanyak US$ 37 Bilion. Daripada kesan itu , Buffett telah menjadi orang kedua terkaya didunia iaitu us$ 9 Bilion dibelakang Bill Gates. Walaupun beliau seorang yang kaya-raya, tetapi beliau seorang yang berjimat-cermat. Gaji Tahunan beliau adalah sebanyak US$ 100,000 dimana gaji ini adalah lebih rendah dari gaji pekerja-pekerja eksekutif kanan disyarikat-syarikat yang sebesar syarikat beliau. 

Penghargaan....

Beliau pernah disenaraikan sebagai 100 Tokoh Paling Berpengaruh Di Dunia oleh majalah TIME..Beliau juga dilantik untuk menjadi Ahli Lembaga Amanah di Kolej Grinnell.

10 Orang paling Kaya didunia

10 lelaki terkaya
MENURUT Majalah Forbes, terdapat 1,011 bilionair di seluruh dunia tahun ini. Mereka menguasai hampir keseluruhan ekonomi global, dari tenaga dan keluli hingga fesyen dan telekom.

1. CARLOS SLIM HELU
Nilai bersih: RM177.6 bilion
Sumber: Telekomunikasi
Negara: Mexico
HARTAWAN telekomunikasi ini berpendapatan RM61.4 bilion setahun.
Baru-baru ini mendapat kebenaran untuk menyatukan aset dalam syarikat talian tetap dengan American Movil, syarikat telefon bimbit terbesar Amerika latin.
Derma RM216 juta untuk membiayai projek kajian dan perubatan genomik dengan bilionair Amerika Syarikat, Eli Broad.

2. BILL GATES
Nilai bersih: RM176 bilion
Sumber: Microsoft
Negara: Amerika Syarikat
HARTAWAN perisian komputer memiliki nilai harta meningkat RM43 bilion setahun berikutan peningkatan harga saham Microsoft sebanyak 50 peratus dalam masa 12 bulan, nilai syarikat pelaburannya juga bertambah.
Lebih 60 peratus hartanya adalah daripada pelaburan di luar Microsoft, termasuk Hotel Four Seasons, Televisa dan Auto Nation.

3. WARREN BUFFETT
Nilai bersih: RM156 bilion
Sumber: Pelaburan
Negara: Amerika Syarikat
HARTA pelabur kesayangan Amerika Syarikat ini yang meningkat RM33 billion dalam masa 12 bulan lalu berikutan peningkatan saham dalam Berkshire Hathaway berkata, negara itu berjaya menghadapi ekonomi ‘Pearl Harbour’ tetapi memberi amaran, pemulihan akan mengambil masa yang perlahan.

4. MUKESH AMBANI
Nilai bersih: RM96 billion
Sumber: Petrokimia, minyak dan gas
Negara: India
SYARIKATNYA, Reliance Industries, antara paling berharga di India, baru-baru ini membida sebanyak RM6.6 bilion untuk mendapatkan 65 peratus saham dalam sebuah syarikat minyak Kanada yang berdepan dengan masalah, Value Creations.
Tawaran sebanyak RM49 bilion untuk membeli syarikat petrokimia, LyondellBasell, ditolak.
Sejak September, syarikat itu menjual saham Perbendaharaan bernilai RM6.6 bilion untuk tujuan pemerolehan.


5. LAKSHMI MITTAL
Nilai bersih: RM95 billion
Sumber: Keluli
Negara: India
PENDUDUK London paling kaya ini menguasai ArcelorMittal, pembuat keluli terbesar dunia. Nilai keuntungannya bagaimanapun merosot 75 peratus pada 2009.
Mittal memotong gajinya sebanyak 12 peratus ketika kemelesetan ekonomi. Keadaan ekonomi yang semakin pulih melonjakkan saham syarikat sebanyak satu per tiga tahun lalu.
Memperoleh RM3.65 bilion selepas menjual kepentingannya dalam syarikat penapisan minyak di Kazakhstan Disember lalu.

6. LAWRENCE ELLISON
Nilai bersih: RM93 bilion
Sumber: Oracle
Negara: Amerika Syarikat
HARTA pengasas syarikat Oracle ini terus meningkat. Saham melonjak hingga 70 peratus sepanjang 12 bulan lalu.
Syarikat pangkalan data komputer itu membeli 57 syarikat sepanjang lima tahun lalu.
Menamatkan pembelian Sun Microsystems pada Januari dengan harga RM25 bilion. Membeli BEA Systems dengan harga RM28.2 bilion pada 2008.

7. BERNARD ARNAULT
Nilai bersih: RM91.28 billion
Sumber: Barang mewah
Negara: Perancis
IKON fesyen ini paling kaya di Eropah apabila saham dalam syarikat fesyen pakaian mewah, LVMH, pembuat pakaian berjenama Louis Vuitton, Moet & Chandon meningkat 57 peratus. > LVMH terbabit dalam membangunkan hartanah di Shanghai, L’Avenue Shanghai, bersama bilionair Macau, Stanley Ho.
Memiliki syarikat pelancongan, Go Voyages, syarikat pembuat kapal layar, Royal Van Lent; mempunyai saham dalam syarikat pasar raya Perancis, Carrefour.

8. EIKE BATISTA
Nilai bersih: RM90 billion
Sumber: Perlombongan, minyak
Negara: Brazil
KEUNTUNGANNYA tahun ini mencecah RM65 bilion.
Anak bekas Menteri Perlombongan Brazil ini yang syarikat gergasi perlombongan Companhia Vale do Rio Doce memulakan kariernya menerusi perniagaan emas dan perlombongan. Bertegas mendakwa tidak mendapat bantuan bapa. > Membiayai jawatankuasa Sukan Olimpik Rio de Janeiro, membantu bandar raya itu memenangi pembidaan Sukan Olimpik 2016.

9. AMANCIO ORTEGA
Nilai bersih: RM83 bilion
Sumber: Perniagaan fesyen
Negara: Sepanyol
TERBABIT mengendalikan syarikat fesyen pakaian menjual pelbagai jenama, termasuk Zara, Massimo Dutti dan Stradivarius. Mempunyai 4,500 butik di 73 negara, termasuk kawasan baru di Mexico dan Syria.
Mengadakan usahasama dengan cawangan Kumpulan Tata untuk menembusi pasaran India tahun ini.
Membeli Cral Gables, menara pejabat yang kini menjadi ibu pejabat Bacardi USA.

10. KARL ALBRECHT
Nilai bersih: RM78 bilion
Sumber: Pasar raya
Negara: Jerman
MEMILIKI pasar raya Aldi Sud, antara yang terbesar dan ternama di Jerman dan Eropah.
Mempunyai 1,000 cawangan di 29 negeri di Amerika Syarikat. Anggaran jualan: RM123 bilion.
Bersama dengan adik, Theo, memajukan kedai runcit ibu mereka menjadi pasar raya selepas Perang Duinia Kedua. Theo mendapat cawangan di utara Jerman dan negara Eropah lain.

Steve Jobs


hai korang..korang kenal tak siapa mamat yang berkaca mata bulat ni..mesti korang dah dapat agakkan siapa mamat ni kan..so mesti korang tahu dia ni owner untuk company Apple Inc je kan..haha.. tapi korang tahu tak dia ni punya latar belakang hidup macam mana..kehidupan dia macam mana..duit banyak mana dia ada..
korang mesti tak tahu kan..

mai aku nak cerita sikit pasal mamat ni sikit..check this ouutt yoooo!!!!

Nama : Steven Paul Jobs.
Tarikh Lahir : 24 Februari 1955
Tempat Lahir : San Francisco, California, A.S
Meninggal Dunia : 5 Oktober 2011 pada usia 56 Tahun..dia meninggal dunia di Palo Alto, California A.S..
Pendidikan :pendidikan awal di sekolah menengah Cupertino dan di sekolah tinggi Homestead di Cupertino, California, dia juga  pernah belajar di Reed College pada 1972.
Pekerjaan : Pengerusi Apple Inc.
Nilai Kekayaan : $ 8.3 Bilion.
Ahli Lembaga Pengarah : The Walt Disney Company dan juga Apple Inc.
Agama : Buddha.
Pasangan : Laurene Powell Jobs (1991 - 2011)
Bilangan anak : 4 orang.
Saudara-mara : Mona Simpson (adik)
Tandatangan
Kehidupan Awal..
 
    Steve Jobs dilahirkan sebagai seorang anak luar nikah di San Francisco, California A.S. Anak dari pasangan Joanne Carole Schieble dan Abdulfattah John Jandali yang berasal dari Syria, kedua-dua mereka adalah pelajar disebuah institusi pendidikan yang sama. Bapa kepada Steve Jobs ini  adalah Profesor Sains Politik. Apabila ibubapa Steven Jobs berkahwin, mereka telah mendapat seorang lagi zuriat yang diberi nama Mona Simpson yang juga seorang penulis.

Alam pekerjaan..

     Beliau di bayar oleh Steve Wozniak sebagai pekerja dimusim panas. Pada 1974, Jobs menyertai perjumpaan kelab Komputer Homebrew dengan Steve Wozniak. Beliau juga bekerja sebagai juruteknik di Atari.

Apple Inc...

    Pada usia 21 tahun, Jobs melihat Wozniak mencipta komputer untuk kegunaan sendiri dan Jobs menyakinkan Wozniak untuk mencipta komputer bagi dipasarkan. Syarikat Apple Inc diasaskan pada 1 April 1976 dan pada mulanya mereka hanya mencipta papan litar bercetak. Akhirnya Jobs dan Wozniak telah mencipta komputer siap pasang sendiri, nama komputer siap pasang mereka yang pertam ialah Apple I. Apple I dijual pada harga US$ 666.66...

     Jobs sememangnya seorang bijak, dia telah memikat John Sculley, John merupakan seorang pekerja di Pepsi-Cola. Akhirnya John bekerja dengan Apple sebagai seorang Ketua Pegawai Eksekutif Apple..Jobs pernah berkata kepada John " adakah anda hendak menghabiskan seumur hidup anda dengan menjual air gula, atau anda hendak suatu peluang untuk mengubah dunia?".

Tun Dr Mahathir Mohamed


     heeluuuuu...korang mesti kenal dengan lelaki beruban dan berkacamata ini..mesti korang kenalkan..n kalau korang nak tahu tanpa lelaki ini memang aku rasa malaysia takkan maju macam sekarang ini..maybe malaysia sama level dengan indon lagi.. malaysia dah mula menaik memang semenjak kita dah merdeka lagi..tapi korang tahu tak lepas kita merdeka adalah penting untuk menaikkan bangsa dan negara..tujuan kemerdekaan untuk kebebasan negara ..so negara yang merdeka ini ibarat baby yang baru dilahirkan.. aku pun malas nk beleter panjang-panjang..korang baca je lah kisah mamat yang pernah jual cendol ini waktu dia kecil-kecil dulu..

Nama : Tun Dr Mahathir Bin Mohamad.
Nama gelaran : Dr.M dan Che Det.
Tahun Lahir : 20 disember 1925.
Pendidikan : Pendidikan awal di Sekolah Melayu Seberang Perak, Alor Setar, Kedah.
Melanjutkan pelajaran di Goverment English School (GES) yang sekarang dikenali sebagai Kolej Sultan Abdul Hamid dan akhirnya lulus Sijil Tinggi Pelajaran(Senior Cambridge). Kemudiannya beliau menuntut di Kolej Perubatan King Edward VII, Universiti Malaya,Singapura dan dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Perubatan Pembedahan (MBBS) pada 1953.
Keluarga : Beliau telah mendirikan rumah tangga dengan isteri tercinta pada tahun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali pada 5 Ogos 1956.
                Hasil dari perkahwinan tersebut telah melahirkan 7 orang cahaya mata iaitu :-
                1. Marina Mahathir
                2. Mirzan Mahathir
                3. Melinda Mahathir
                4. Mokhzani Mahathir
                5. Mukhriz Mahathir
                6. Maizura Mahathir
                7. Mazhar Mahathir
Penggal Kepimpinan : 16 Julai 1981 sehingga 31 Oktober 2003 (lebih kurang 22 tahun la)
Perdana Menteri : ke 4.
Kontroversi : Sebagai manusia yang paling berpengaruh dimuka bumi Tanah Melayu ini sememangnya beliau tidak terlepas dari kontroversi yang banyak melanda dirinya sewaktu beliau menjadi pemimpin dahulu. antara kontroversi yang pernah melanda dirinya ialah Krisis Perlembagaan, Pemecatan Anwar Ibrahim dan Keluar UMNO.
Diri beliau :
1. Boleh mampu mengekalkan keamanan dan kedamaian sesebuah negara yang berbilang kaum.
2. Seorang tokoh politik antarabangsa yang suka berterus terang dan bersifat kontroversi.
3. Beliau juga dikaitkan dengan pembinaan projek Kuala Lumpur City Centre(KLCC), Menara Berkembar Petronas, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur(KLIA) dan Koridor Raya Multimedia(MSC).
Selepas Persaraan :
1. Digelar Bapa permodenan Malaysia.
2. Pada tahun 2005 beliau telah dianugerahkan pangkat TUN.
3. merupakan pemimpin yang paling lama memegang jawatan tersebut di Asia Tenggara.


Bill Gates

   


 hmmm..BILL GATES...nama besar yang tidak asing didunia teknologi zaman moden ini..nama dia yang meningkat naik setelah mengeluarkan sejenis benda yang membuat dunia teknologi berubah dengan pantas dan cepat..korang mesti dah tahu kan apa benda yang aku maksudkan tu..Microsoft..korang mesti tahu dan antara pengguna software nya kan..tipu la kalau korang tak gunakan..heheh..

     so hari ini aku nak cerita sedikit pasal mat salleh berkaca mata ni..muka nampak baik dan hensem..tapi umur memang dah tua dah..kalau aku cerita sikit-sikit mesti korang tak faham kan..so ini aku nak cerita n bagitau serta tunjukan profil dia sedikit..check this outt yoo!!!!

Bill Gates...!!!!
Masa muda-muda dulu...
William Henry Gates III atau Bill Gates dilahirkan di Seattle’s Swedish Hospital di Seattle, Washington pada 28 Oktober 1955, sejurus selepas 9.00 malam. Bill Gates diberi nama timangan “Trey”, oleh neneknya merujuk kepada pemain kad ke-3 dan juga anak lelaki ke-3 dalam salasilah nama Gates (Berdasarkan III dalam nama akhirnya).

Nama salsiah Keluarga Gates..
Moyang - William Henry Gates
Datuk - William Henry Gates II
Bapa - William Henry Gates Jr
Beliau - William Henry Gates III




Beliau adalah anak kedua kepada William Henry Gates Junior, seorang peguam ternama, dan Mary Maxwell, bekas guru sekolah. Mary Maxwell merupakan wanita pertama yang memegang jawatanPresiden di United Way, juga bekas ahli lembaga pengarah First Interstate Bank dan juga ahli kehormat University of Washington . Mary berhenti mengajar apabila mendirikan rumahtangga dan aktif dalam kerja-kerja amal. Beliau meninggal dunia pada 1994. Ibu bapa Bill Gates berkahwin pada tahun 1951, dan mempunyai 3 anak, yang pertama ialah Kristi, diikuti dengan Bill Gates dan anak bongsu, Libby, 9 tahun muda darinya.
Beberapa sumber luar mengatakan ibunya menyimpan unit amanah yang bernilai berjuta dollar Amerika untuk Bill Gates yang menyumbang kepada harta kekayaannya tetapi kenyataan itu dinafikan menerusi wawancara pada tahun 1994 dan juga menerusi buku yang ditulisnya “The Road Ahead”.
Bill Gates merupakan pelajar cemerlang ketika di sekolah rendah terutama dalam mata pelajaran matematik dan sains. Pada umur 13 tahun, Bill Gates dihantar belajar ke Lakeside School For Boys, sekolah yang paling unggul di Seattle, di mana yuran tahunannya ialah USD$5000 berbanding dengan Universiti Harvard sebanyak USD$1,760. Ketika di dalam gred 8, Kelab Ibu sekolah tersebut membuat kutipan jualan untuk membeli terminal teletaip ASR-33 dan juga beberapa blok masa menggunakan komputer dari Syarikat General Electric Computer(GE). Bill Gates menunjukkan minat yang amat tinggi dalam pengaturcaraan GE menggunakan BASIC dan diberi kelonggaran tidak menghadiri kelas matematik untuk minatnya itu. Selepas sumber kewangan dari Kelab Ibu mula habis disebabkan pembayaran untuk kegunaan masa komputer, Bill Gates dan beberapa pelajar lain terpaksa mencari cara lain. Mereka berjaya mendapat kebenaran dari sebuah syarikat, Computer Center Corporation (CCC) untuk menggunakan komputer mereka, DEC PDP minicomputers secara percuma dengan membantu syarikat tersebut mencari pepijat (bugs) untuk perisian mereka. Pada suatu musim panas, para pelajar termasuk Bill Gates tertangkap apabila syarikat CCC mendapati mereka menyalahgunakan keistimewaan mereka dengan mengeksploitasikan pepijat supaya mereka boleh menggunakan komputer untuk lebih lama. Sebagai hukuman, para pelajar Lakeside School diharamkan memasuki makmal komputer pada cuti musim panas.
Setelah habis tempoh hukuman, Bill Gates dan 3 rakannya Paul Allen, Ric Weiland, and Kent Evans ditawarkan peluang sekali lagi oleh CCC untuk mencari pepijat di dalam aplikasi syarikat tersebut dan sebagai ganti, mereka boleh menggunakan komputer di situ secara percuma.
Bill Gates tidak menggunakan teletaip pada kali ini, tetapi mula mempelajari kod punca (source code) dari pelbagai program yang digunakan oleh sistem tersebut. Beliau bukan saja mempelajariBASIC, tetapi juga mempelajari FORTRAN, LISP dan bahasa mesin (machine language).
Mereka membantu CCC sehingga syarikat itu ditutup pada tahun 1970. Pada tahun berikutnya, Syarikat Information Sciences Inc menawarkan pelajar-pelajar dari Lakeside School untuk menulis program pembayaran (payroll) menggunakan COBOL. Mereka bukan sahaja ditawarkan dengan peluang menggunakan komputer secara percuma malah akan dibayar upah royalti.
Pada usia 14 tahun, Bill Gates memulakan syarikat usahasama bersama Paul Allen dan Paul Gilbert yang dipanggil Traf-O-Data. Mereka membina pengira trafik yang menyimpan data di dalam pita yang ditekan (Punched Tape). Ia merupakan sebuah komputer kecil yang digunakan untuk mengawal trafik lalu lintas dan mempunyai perisian untuk memproses data. Mereka mendapat keuntungan bersih USD$20,000 pada tahun yang pertama. Walau bagaimanapun apabila umur Bill Gates diketahui, syarikat mereka kehilangan hampir kebanyakan peluang perniagaan. Traf-O-Data adalah syarikat pertama Bill Gates.
Bill Gates, menurut sumber akhbar mendapat markah 1590 untuk SAT (Kelayakan unutk memasuki universiti di Amerika Syarikat) dan memohon untuk memasuki Universiti Harvard pada musim luruh 1973 dalam bidang undang-undang. Ketika belajar di universiti tersebut, beliau berkenalan dengan Steve Ballmer yang kini memegang jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif, Microsoft Corporation.

Mark Zuckerberg


     haii..korang mesti selalu main fb kan kalau korang open je pc atau lappy korang...aku sangat tersangat konfom dengan mereka yang selalu surfing2 ni..tu la manusia yang ada kat malaysia ini..aku pun macam tu juga..FACEBOOK memang paling ramai pengguna kat dunia..so tak hairan la kalau budak kulit putih yang berambut perang tu boleh jadi kaya raya disebabkan kita semua..apa2 pon taniah la kat dia sebab cipta alat perhubungan yang sangat bagus untuk kita semua..anyway..thanks budak kulit putih berambut perang.. :D

tapi mesti korang kurang mengenali pasal budak yang aku maksudkan tu kannn..so aku sangat suka dan berbesar hati nak cita sikit pasal hidup dan latar belakang budak kulit putih ni..

Mark Elliot Zuckerberg..
dilahirkan pada 14 Mei 1984..
so sekarang umur dia dah masuk 27 tahun..
tempat dia dilahirkan pula di White Plains, New York, U.S..
dia seorang berbangsa yahudi..
pekerjaan dia korang mesti dah agakkan..tapi spesifik ke korang tahu tu..haha..kerja dia sebagai CEO/President of Facebook dengan memegang saham sebanyak 24% (2010)..
dia juga adalah orang termudah dh jadi bilionaire pada tahun 2008..
keuntungan yang dia ada dapat pada 2011 ialah US$17.5 Billion..
dia juga ada adik beradik..Randi, Donna dan Ariella..
sebab dah jadi manusia yang kaya raya pada usia yang muda, so mesti ada je gelaran yang akan diterima..jadi pada tahun 2010 dia dah dapat anugerah TIME Person Of The Year..

so ini je la maklumat sedikit sebanyak pasal manusia berkulit putih serta berbintik2 ni yang aku dapat..apa-apa pun kalau korang nak berjaya dalam hidup korang pastikan korang berusaha..tak semesti yang pandai dan berpendidikan akan kaya..yang noob akan terpinggir..itu semua rezeki masing2...berdoa dan usaha untuk berjaya..

Pengalaman pertama...(n_n)

hai..rasanya ini first time ade blog..before ni sllu dgr psl blog2..so nk try jgk stlah lama mndngr psl blog..xtau nk mula dari mcm mane..sbb ni pon posting p'tama faiz kt dlm blogger ni..harap2 best la blog ni..bole ade hobi bru hari2..boring dh dgn fb..(*-_-)